beIN Sports Connect Menawarkan Penstriman Percuma Hujung Minggu Ini
Artikel Berkaitan

beIN Sports Connect Menawarkan Penstriman Percuma Hujung Minggu Ini

Diterbitkan pada Apr 13, 2018 oleh .

Di Malaysia, sudah pasti ramai yang minat sukan dan ramai yang akan menonton perlawanan sukan itu secara langsung. Bagi menyokong semangat kesukanan dan minat akan sesuatu pasukan, ramai yang sanggup mengorbankan masa menonton perlawanan secara langsung walaupun di awal pagi.

Untuk memudahkan lagi mereka yang menggemari sukan bola sepak, beIN Sports Connect diperkenalkan oleh beIN Asia Pacific. beIN Sports Connect adalah satu perkhidmatan penstriman sukan secara langsung yang boleh ditonton dari mana-mana peranti seperti telefon pintar, tablet ataupun televisyen pintar.

Lebih menarik lagi, beIN Sports Connect menawarkan penstriman dalam resolusi HD dan turut menyokong fungsi casting melalui Chromecast dan juga Apple TV. Untuk peminat bola sepak, beIN Sports Connect menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma pada hujung minggu ini iaitu Sabtu 14 April, 12 Pagi sehingga Isnin 16 April 8 Pagi.

Penawaran penstriman percuma ini membolehkan peminat Barcelona melihat pasukan mereka cuba mencatatkan sejarah menjadi pasukan pertama yang mencatatkan rekod 39 perlawanan tanpa kalah di dalam perlawanan menentang Valencia. Rekod ini sudah bertahan sejak 1980 dan dipegang oleh Real Sociedad.

Sekiranya ini tidak menarik minat anda, perlawanan Ligue 1 PSG menentang Monaco  dan Turkish Süper Ligue Galatasaray menentang Başakşehir turut boleh ditonton secara percuma. Penstriman percuma ini boleh dinikmati dengan melayari laman connect-my.beinsports.com atau memuat turun aplikasi untuk peranti Android dan iOS.

Muat turun aplikasi Android beIN Sports Connect dari Play Store

Muat turun aplikasi iOS beIN Sports Connect dari App Store


TIPS & ULASAN