Kereta lumba Lamborghini terkenal dengan prestasi tinggi dan menggunakan bahan api fosil pada kadar yang pantas. Pengeluar dari Itali ini melakukan sesuatu yang luar dari jangkaan baru-baru ini dengan melancarkan basikal elektrik pertama mereka. Dua model dihasilkan satu ialah basikal lumba bagi mereka yang mementingkan kepantasan dan satu lagi versi mountain bike bagi mereka yang menggemari sukan lasak. Lamborghini bekerjasama dengan firma Italtechnology bagi menghasilkan basikal elektrik berjenama mereka.
Berdasarkan rekaan yang dipaparkan, motor elektrik bersambung kepada hub tayar belakang dengan bateri terbina pada bingkai basikal itu sendiri. Tiada maklumat mengenai spesifikasi motor elektrik, kapasiti bateri dan harga jualan dikongsi setakat ini. Ia akan mula dijual pada bulan Mei ini.