Cari @ Amanz

AMD menjanjikan bahawa mereka akan menyokong platform soket AM4 mereka yang diperkenalkan melalui siri CPU AMD Ryzen generasi pertama tahun lepas sehingga tahun 2020, dan dengan pelancaran AMD Ryzen Desktop 2000, siri CPU baru ini masih lagi menggunakan soket AM4, akan tetapi papan induk X470 juga turut diumumkan pada masa yang sama.

Ini adalah untuk CPU AMD Ryzen 2700X dan 2600X yang hadir dengan ciri-ciri seperti Precision Boost 2 dan juga XFR2 yang memerlukan komponen-komponen yang baru untuk membolehkan ciri-ciri ini berfungsi dengan berkesan.

Dalam pada itu, mereka yang ingin membina sebuah komputer, tetapi ingin hanya ingin menggunakan papan induk X370, AMD menyatakan bahawa anda boleh melakukannya, dan hanya perlu melihat pada kotak papan induk yang mempunyai pelekat “AMD Ryzen Desktop 2000 Ready” untuk memastikan bahawa ia sesuai dengan CPU AMD Ryzen 2000 yang anda beli.

Menurut AMD, diantara jenama pembuat perkakasan yang hadir dengan papan-papan induk yang sesuai termasuklah ASUS, ASRock, Biostar, ECS, GIGABYTE dan juga MSI.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd