Gmail Menguji Fungsi Confidential Mode Yang Memadam Emel Selepas Tempoh Tertentu

Gmail Menguji Fungsi Confidential Mode Yang Memadam Emel Selepas Tempoh Tertentu

Diterbitkan pada Apr 14, 2018 oleh .

Setiap hari ratusan emel diterima oleh sidang redaksi Aman sehingga memenuhkan inbox. Ini bermakna kami menghabiskan beberapa minit di penghujung hari untuk memadam sebanyak mungkin emel yang tidak lagi diperlukan. Alangkah baik sekiranya terdapat fungsi dimana emel yang dihantar terpadam sendiri selepas tarikh tertentu?

Gmail yang sedang menguji antaramuka baru juga sedang menguji fungsi Confidential Mode yang memadam emel selepas tempoh tertentu. Apabila mengarang emel, terdapat ikon baru dengan lambang jam. Apabila ini dipilih penulis emel boleh menetapkan emel dipadam selepas seminggu, sebulan atau tahun.

Selain memadam emel secara automatik selepas tarikh ditetapkan, penerima juga tidak boleh menghantar mesej yang diterima kepada orang lain. Fungsi muat turun dan melakukan salinan juga dinyahaktifkan. Untuk meningkatkan keselamatan, terdapat fungsi menerima SMS terlebih dahulu untuk kod membuka emel 2FA.

Fungsi ini elok digunakan untuk perbincangan dan perkongsian maklumat sulit bagi mengelakkan ketirisan.


TIPS & ULASAN