SEGA Mega Drive Mini Diumumkan Sempena Ulang-Tahun Ke-30

SEGA Mega Drive Mini Diumumkan Sempena Ulang-Tahun Ke-30

Diterbitkan pada Apr 14, 2018 oleh .

SEGA hari ini telah mengumumkan beberapa penawaran menarik dalam arena permainan, dan salah satunya adalah pengumuman penawaran konsol SEGA Mega Drive Mini bersempena dengan ulang-tahun ke-30 untuk konsol MEGA Drive.

SEGA Mega Drive Mini

Sebelum ini, SEGA Mega Drive telah dilancarkan pada tahun 1988 yang lepas,yang mana merupakan antara konsol yang popular suatu ketika dahulu. Konsol edisi terhad ini akan dilancarkan di pasaran Jepun sahaja buat masa ini, dan perancangan untuk pasaran global masih tidak diketahui lagi.

Maklumat mengenai penawaran permainan ini konsol edisi mini ini juga belum diumumkan oleh Sega buat masa ini.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN