Google Lens Kini Boleh Mengenalpasti Baka Kucing Dan Anjing

Google Lens Kini Boleh Mengenalpasti Baka Kucing Dan Anjing

Diterbitkan pada Apr 16, 2018 oleh .

Terdapat 97 baka kucing dan 339 baka anjing di dunia. Seperti Pokemon, hanya sebilangan kecil insan di dunia mampu mengenali baka-baka dua spesis haiwan peliharaan popular di dunia. Sekiranya anda seperti saya dan tidak menghafal kesemua baka kucing, Google Lens boleh membantu mengenalpasti baka sekiranya perlu.

Hujung minggu lalu, Google mengumumkan sistem carian imej mereka kini boleh mengenalpasti baka-baka kucing dan anjing. Maklumat mengenai baka yang ingin dikenalpasti akan lebih mudah diakses. Sebelum ini kecerdasan buatan Google hanya tahun mengenalpasti spesis haiwan dan bukannya baka spesifik. Kemampuan ini digunakan bagi memudahkan gambar haiwan peliharaan dicari di dalam Google Photos.


TIPS & ULASAN