Sony Xperia XZ2 Premium Dilancarkan Dengan Skrin 4K Dan Sistem Dwi-Kamera Utama

Sony Xperia XZ2 Premium Dilancarkan Dengan Skrin 4K Dan Sistem Dwi-Kamera Utama

Diterbitkan pada Apr 16, 2018 oleh .

Peranti keluarga Xperia Premium unik di dalam dunia peranti mudah alih kerana dilengkapi skrin dengan resolusi 4K. Hari ini Sony Xperia XZ2 Premium dilancarkan dan adalah peranti ketiga di Xperia yang dilengkapi skrin dengan resolusi 4K. Ia juga adalah peranti pertama Sony Xperia yang dilengkapi sistem dwi-kamera utama dan memori sebesar 6GB RAM.

Peranti ini dilengkapi skrin 5.8″ IPS LCD 4K (2160 x 3840 pixel), dijana pemproses Snapdragon 845, memori sebesar 6GB RAM, storan sebesar 64GB (sokongan kad MikroSD sehingga 400GB), kamera utama 19+12 Megapixel f/1.8+f/1.6, kamera hadapan 13-Megapixel f/2.0 dan bateri sebesar 3540 mAh. Sistem operasi Android Oreo disokong.

Sistem kamera yang digunakan adalah gabungan sensor RGB dan monokrom. Tiada sokongan zoom optikal dan OIS pada peranti ini. Sebaliknya sistem penstabilan berasaskan perisian SteadyShot digunakan. Ia masih lagi menggunakan G-Lens dan sensor Motion Eye. Terdapat kemampuan rakaman 4K HDR dan gerak perlahan 960FPS 1080P. Mod Bokeh juga disokong namun ini akan hanya hadir melalui kemaskini pada suku ke-tiga 2018.

Fungsi unik XZ Premium ialah kemampuan mengambil gambar dalam gelap pada tetapan ISO 51200 dan vide0 pula pada tetapan ISO 12800. Rekaan tubuh masih lagi mengekalkan rekaan kaca melengkung Ambient Flow Xperia XZ2. Akhir sekali terdapat pengimbas cap jari pada bahagian belakang dan tiada sokongan bicu audio. Tiada maklumat mengenai harga tetapi peranti ini ditawarkan dalam warna chrome black dan chrome silver.


TIPS & ULASAN