Cari @ Amanz

Pada tahun 2017, Samsung melancarkan Chromebook Pro dengan cip pemproses Intel Core m3, skrin 12.3″ dengan resolusi 2400×1600, 4GB RAM dan 32GB storan dalaman. Semalam, Samsung mengemaskini Chromebook Pro ini untuk keluaran 2018 dengan sokongan papan kekunci berlampu. Spesifikasi Chromebook Pro 2018 ini adalah sama dengan keluaran model tahun 2017.

Harga yang ditawarkan juga masih sama iaitu $599 (~RM2329). Chromebook ini sesuai untuk penggunaan para pelajar dan pekerja pejabat yang hanya membuat kerja-kerja membaca, menaip atau menonton video. Ini kerana Chrome OS adalah sistem operasi yang berasaskan Google Chrome ynag ringan dengan fungsi dan ciri yang terhad.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd