Shopee Melancarkan Program Mencari Kerentanan Melalui HackerOne

Shopee Melancarkan Program Mencari Kerentanan Melalui HackerOne

Diterbitkan pada Apr 16, 2018 oleh .

Terdapat pelbagai syarikat teknologi yang menyediakan program pencarian kerentanan dan pepijat – sekaligus membolehkan mereka memastikan produk mereka tidak terjejas dengan pelbagai kerentanan yang mungkin terlepas oleh mereka. Kini, turut mengikut jejak adalah Shopee.

Shopee kini telah melancarkan program mencari kerentanan mereka tersendiri melalui platform HackerOne. Buat masa ini, pencarian kerentanan ini lebih tertumpu kepada aplikasi Android Shopee yang ditawarkan di rantau Asia Tenggara ini.

Sekiranya anda terlibat dalam arena sekuriti dan keselamatan, dan berminat untuk mencari kerentanan atau pepijat pada aplikasi Shopee, mungkin boleh menyertai program mereka di HackerOne, sekaligus menerima beberapa ganjaran untuk penemuan anda. Buat masa ini, pihak Shopee tidak menawarkan ganjaran berbentuk wang tunai untuk program ini.

Layari : Shopee Hackerone


TIPS & ULASAN