Spesifikasi Honor 10 Kini Diketahui

Spesifikasi Honor 10 Kini Diketahui

Diterbitkan pada Apr 16, 2018 oleh .

Honor 10 akan dilancarkan pada 19 April ini. Ini adalah alternatif lebih mampu milik untuk Huawei P20. Spesifikasinya kini diketahui selepas ia memasuki pangkalan data TENAA di China Dari segi rekaan ia akan dilengkapi skrin 5.84″ IPS LCD HD penuh, dijana pemproses Kirin 970, memori 4/6 GB RAM dan storan 64/128 GB.

Sistem dwi kamera utama menggabungkan sensor 16+24 Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 24-Megapixel. Bateri berkapasiti 3320 mAh membekalkan kuasa kepada peranti yang menggunakan Android 8.1 ini. Jadi setakat ini perbezaan Honor 10 dan Huawei P20 terletak pada saiz kamera dan bateri.

Huawei P20 dilengkapi kamera utama sebesar 12+20 Megapixel dan bateri sebesar 3400 mAh. Peranti Honor juga tidak akan menggunakan lensa dengan jenama Leica. Seperti pada P20, Honor 10 akan mempunyai sistem kamera dengan kecerdasan buatan bagi menangkap gambar pada tetapan terbaik bergantung kepada situasi.

Bagi yang merasakan P20 di luar kemampuan mereka, Honor 10 pastinya peranti yang amat dinantikan. Pihak Honor Malaysia telahpun berkongsi imej acah yang memberikan petanda ia akan memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN