Oppo pada bulan lepas baru sahaja melancarkan telefon pintar mampu-milik dibawah siri A yang terbaru, iaitu Oppo A1. Kini, selain daripadanya, Oppo turut dilihat dalam persiapan untuk memperkenalkan Oppo A3.
Seperti ramai sedia maklum sebelum ini, Oppo sering menggunakan angka ganjil sahaja pada versi peranti mereka, maka selepas pengenalan Oppo A1, peranti seterusnya yang dinantikan adalah Oppo A3.
Daripada info yang tertiris, Oppo A3 dilihat hadir dengan skrin 6.3-inci dengan resolusi 2280×1080 pixel, dilengkapi cip MediaTek Helio P60, memori 4GB RAM dan storan 16GB. Ia turut dilihat menyertakan kamera belakang 16-megapixel dan juga kamera hadapan 8-megapixel. Seperti Oppo A1, Oppo A3 ini juga dilihat tidak menyertakan pengimbas cap jari bersama-sama dengannya. Ini mungkin akan membuatkan pengguna terpaksa bergantung kepada ciri nyah-kunci berasaskan wajah untuk mengunci peranti berkenaan.
Telefon pintar ini dilihat menyertakan sokongan skrin bertakuk yang menjadi trend baru akhir-akhir ini. Oppo dijangka menawarkan ia di China terlebih dahulu, bersama-sama Android 8.1 Oreo dan antaramuka Color OS.