Cari @ Amanz

Samsung masih tegar menggunakan skrin nirbingkai tanpa rekaan bertakuk tahun ini. Tidak seperti pengeluar lain, Samsung masih belum mahu mengikut trend semasa iaitu skrin seakan iPhone X. Tetapi mereka tidak mahu ketinggalan dan sudahpun memfailkan paten rekaan peranti dengan skrin bertakuk.

Paten rekaan di atas difailkan oleh mereka jelas menunjukkan peranti dengan skrin bertakuk di bahagian hadapan. Perbezaan rekaan ini dengan peranti lain ialah ia mempunyai rekaan dwi-lengkung pada bahagian sisi dan juga belakang. Turut disedari ialah tiadanya pengimbas cap jari fizikal disertakan sekaligus memberikan petanda ia mungkin terbina dalam skrin.

Selain rekaan skrin bertakuk, paten peranti yang 100% skrin di bahagian hadapan turut disertakan. Rekaan ini kami rasakan lebih menarik kerana merealisasikan impian sebenar pengguna yang inginkan skrin besar tanpa halangan takuk. Sebelum ini Samsung mempatenkan sistem kamera hadap dan sensor cahaya yang diletakkan di belakang skrin bagi membolehkan peranti dengan 100% skrin di hadapan menjadi kenyataan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd