Carian
Netflix Kini Mempunyai Lebih 125 Juta Pelanggan Seluruh Dunia
April 17, 2018 Aman

Netflix merupakan salah satu syarikat yang menerajui arena penstriman video. Ia telah melancarkan perkhidmatan mereka secara global beberapa tahun sebelum ini, dan sejak daripada itu memperlihatkan peningkatan angka pengguna secara drastik setiap suku tahun.

Terkini, melalui perkongsian penyata kewangan suku tahun pertama 2018 yang lepas, Netflix mengumumkan yang mana kini mereka mempunyai lebih 125 juta pelanggan seluruh dunia.

Pada suku tahun lepas sahaja, Netflix menambah sekitar 7.4 juta pelanggan baru untuk perkhidmatan mereka.

Dengan perkembangan sihat ini, ia turut memperlihatkan Netflix terus membuat pelaburan dalam arena kandungan video – termasuk menambah kandungan bukan berbahasa Inggeris. Sebelum ini sendiri, kita telah melihat Netflix mula menambah kandungan berbahasa Malaysia pada perkhidmatan mereka.

Bagi anda sendiri, adakah anda merupakan pelanggan Netflix?

Komen