Tablet e-ink biasanya digunakan untuk tujuan membaca. Contoh terbaik tablet dengan skrin dakwat-elektronik ini ialah Amazon Kindle. Tetapi tahun lalu Sony DPT-RP1, sebuah tablet e-ink dengan sokongan stylus. Semalam mereka melancarkan Sony DPT-CP1, model kemaskini RP1 dengan saiz skrin yang lebih kecil.
Sony DPT-CP1 dilengkapi skrin 10.3″ bersaiz A5, ini sedikit lebih kecil berbanding skrin 13.3″ (A4) pada RP1. Ia masih dijana pemproses Marvell IAP 140 seperti model terdahulu dengan storan sebesar 16GB. Stylus yang disertakan mempunyai bateri yang mampu bertahan selama sebulan. Tiada maklumat mengenai tempoh ketahanan bateri CP1 dikongsi oleh Sony.
Tablet DPT-CP1 ini akan mula dijual di Jepun pada bulan Jun dengan harga ¥ 70,000 (~RM 2539) sebuah. Seperti model terdahulu, tablet kegunaan pejabat ini tidak dijual untuk pasaran luar Jepun.