Peratusan Penggunaan Android Oreo Kini Mencecah 4.6%

Peratusan Penggunaan Android Oreo Kini Mencecah 4.6%

Diterbitkan pada Apr 17, 2018 oleh .

Google seringkali berkongsi peratusan penggunaan versi Android terkini setiap awal bulan. Akan tetapi data untuk bulan Mac lepas tidak didedahkan mereka. Selang sebulan kemudian, kini mereka mendedahkan statistik untuk bulan April.

Akhirnya peratusan penggunaan Android Oreo meningkat kepada 4.6%. Ini adalah peningkatan dari 1.1% berbanding Februari lalu.

Versi Android dengan peratusan paling tinggi masih lagi Nougat (30.8%). Kadar peratusan penggunaan Marshmallow (26.0%) dan Lollipop (22.9%) dilihat menurun berbanding statistik pada dua bulan lepas. Kadar peningkatan peratusan penggunaan Android Oreo kini semakin meningkat, ini mungkin kerana pengenalan terhadap Android Go (Oreo Edition) dan juga hampir semua peranti baru kini dilancarkan dengan Android Oreo.

Bagaimana pula dengan anda? Peranti-peranti kami di sini kebanyakan sudah pun menggunakan Oreo.


TIPS & ULASAN