Cari @ Amanz

Razer Phone adalah telefon pintar untuk gamer dan ia memberi pengalaman bermain permua yang menakjubkan dengan skrin 120Hz yang tampak lancar dan hebat. Sejak dilancarkan pada November 2017, Razer Phone sehingga kini masih menjalankan Android 7.0 Nougat.

Kini selepas hampir sebulan menguji Android 8.1 Oreo versi Beta, Razer bersedia untuk memberi kemaskini Android 8.1 Oreo versi stabil kepada pengguna. Menurut Razer, kemaskini ini akan hadir dalam masa 10 hari lagi.

Pada Android 8.1 Oreo versi beta untuk Razer Phone, ia membawakan aplikasi equalizer Dolby Atmos untuk mengawal pembesar suara stereo, ciri dwi-tap untuk mematikan skrin, kawalan warna skrin (boosted, saturated dan natural) seumpama Pixel 2 dan juga sokongan Project Treble. Razer Phone yang kini menyokong Project Treble, kemaskini selepas ini pasti semakin pantas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd