Anda Kini Boleh Mencuba Rekaan Baru Maybank2U Dalam Bentuk Beta

Anda Kini Boleh Mencuba Rekaan Baru Maybank2U Dalam Bentuk Beta

Diterbitkan pada Apr 17, 2018 oleh .

Maybank telah sekian lama menggunakan rekaan antaramuka web yang lama untuk urusan perbankan atas-talian. Perkara berkenaan berubah hari ini, apabila kini Maybank memulakan ujian beta terbuka untuk laman baru Maybank2U mereka.

Maybank2U Beta

Melalui Maybank2U baru ini, selain rekaan antaramuka yang diberikan nafas baru dan mengikuti trend terkini, ia juga turut memberikan pengalaman perbankan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Pengguna kini boleh melakukan pelbagai transaksi dengan pantas, selain pada masa yang sama menguruskan kewangan dengan lebih pintar. Maybank2U baru juga turut menawarkan sejumlah ciri baru dalam menjadikan laman perbankan berkenaan lebih peribadi dan dioptimasikan untuk anda.

Maybank2U Web

Maybank2U Web

Sejumlah ciri-ciri baru turut akan ditambah dan diperkenalkan secara berperingkat – termasuk kemudahan untuk melihat tabiat penggunaan kad kredit dan debit anda, selain membantu pengguna merancang simpanan anda.

Maybank mengatakan mereka kelak akan memperkenalkan rekaan baru ini secara berperingkat kepada semua pengguna mereka. Namun, seperti biasa, anda boleh mencuba rekaan baru ini bermula hari ini. Rekaan lama Maybank2U akan ditawarkan untuk sementara waktu sebelum ia dibuang sepenuhnya.

Layari : Maybank2U Beta


TIPS & ULASAN