Huawei Malaysia hari ini telah mula menawarkan kemaskini EMUI 8.0 dan Android 8.0 Oreo untuk para pengguna peranti Huawei Nova 2i, sekaligus membolehkan pengguna peranti berkenaan menikmati sejumlah ciri-ciri baru bersama dengannya.
EMUI 8.0 hadir dengan ciri kecerdasan buatan yang diintegrasikan, sekaligus membolehkan peranti dioptimasikan berdasarkan kepada penggunaan mereka. Disamping itu, ia juga kini hadir dengan sokongan Picture-in-Picture, dan sejumlah ciri-ciri baru yang lain.
Bagi anda yang menggunakan Huawei Nova 2i, boleh menyemak kemaskini pada peranti anda hari ini, dan menikmati sejumlah ciri-ciri baru bersama dengannya. Seperti biasa, anda dinasihatkan untuk membuat salinan pendua data sebelum memulakan proses naik-taraf.