Cari @ Amanz

Bersempena pelancaran CPU Intel Coffee Lake H dua minggu yang lalu, pihak ASUS juga dilihat memperkenalkan beberapa laptop baru yang menggunakan CPU laptop generasi kelapan ini, dan diantaranya ialah siri laptop berdasarkan jenama papan induk The Ultimate Force Gaming (TUF Gaming) mereka.

Laptop pertama yang diperkenalkan melalui siri ini ialah laptop ASUS TUF FX504 yang hadir dengan spesifikasi-spesifikasi yang cukup menarik, seperti paparan skrin bersaiz 15 inci pada resolusi Full HD 1920×1080, pilihan cip pemprosesan Intel Core i5-8300H dan Intel Core i7-8750H, memori DDR4 sebanyak 4GB, pilihan storan SSHD sebesar 1TB. dan juga SSD PCIe sebesar 128GB untuk model-model tahap atasan.

Dari segi grafik pula, pengguna boleh memilih untuk membeli model laptop FX504 yang hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 ataupun NVIDIA GeForce GTX 1050 Ti bergantung kepada kemampuan mereka.

Menurut ASUS Malaysia lagi, laptop ASUS TUF FX504 ini sudahpun hadir di pasaran tempatan sekarang, dan boleh dibeli pada harga-harga berikut:

  • ASUS TUF FX504G-EE4071T (Intel Core i7-8750H/4G/1T SSHD + 128G PCIE SSD/GTX1050Ti 4G) – RM4399
  • ASUS TUF FX504G-DE4096T (Intel Core i7-8750H/4G/1T SSHD + 128G PCIE SSD/GTX1050 4G) – RM4199
  • ASUS TUF FX504G-DE4092T (Intel Core i7-8750H/4G/1T SSHD/GTX1050 4G) – RM3899
  • ASUS TUF FX504G-DDM091T – (Intel Core i5-8300H/4G/1T SSHD/GTX1050 4G) – RM3299
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd