Apple Dalam Perancangan Untuk Memperkenalkan Perkhidmatan Langganan Berita Berbayar

Apple Dalam Perancangan Untuk Memperkenalkan Perkhidmatan Langganan Berita Berbayar

Diterbitkan pada Apr 17, 2018 oleh .

Apple sebelum ini telah mengambil-alih salah satu aplikasi yang menawarkan khidmat langganan majalah tanpa had dinamakan Texture. Terkini, Bloomberg melaporkan yang mana Apple kelak akan mengabungkan Texture ke Apple News, dan melancarkan sebuah aplikasi Apple News baru pada tahun ini.

Melalui gabungan ini juga, Apple dijangka akan memperkenalkan sebuah perkhidmatan langganan berbayar untuk pengguna – selain pada masa yang sama berkongsi pendapatan dengan para penerbit kandungan.

Dengan Apple News baru ini, ia sekaligus membuatkan Apple terus menambah pendapatan mereka melalui penawaran digital. Buat masa ini, mereka sedia menawarkan Apple Music yang kini menjadi salah satu penyumbang kepada pendapatan syarikat mereka. Selain Apple News ini, gergasi perkomputeran ini turut dikatakan dalam perancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan penstriman video menjelang 2019 kelak.


TIPS & ULASAN