ASUS ROG G703 Dengan Intel Core i9 Dan GTX 1080 Akan Dijual Pada Harga RM19,999

ASUS ROG G703 Dengan Intel Core i9 Dan GTX 1080 Akan Dijual Pada Harga RM19,999

Diterbitkan pada Apr 17, 2018 oleh .

Dengan pelancaran siri CPU Intel Coffee Lake H, Intel juga memperkenalkan CPU untuk peranti mudah-alih paling berkuasa mereka, iaitu Intel Core i9-8950HK yang hadir dengan enam teras fizikal dan 12 bebenang kuasa.

Dengan pelancaran CPU yang cukup berkuasa tersebut, pihak ASUS juga memperkenalkan laptop paling berkuasa mereka didalam siri Republic of Gamers, iaitu ASUS ROG G703.

Laptop bersaiz 17.3 inci ini didatangkan dengan resolusi Full HD (1920×1080), kadar segar semula 144Hz dan hadir dengan teknologi paparan NVIDIA GSYNC.

Dikuasakan oleh CPU Intel Core i9-8950HK, laptop ini juga hadir dengan memori DDR4 sebanyak 32GB, gabungan dua storan PCIe 256GB didalam konfigurasi RAID 0 melalui teknologi storan Hyperdrive Extreme dari ASUS, dan juga sebuah storan SSHD 2TB untuk para pengguna menyimpan fail-fail multimedia mereka.

Laptop ASUS ROG G703 ini juga dikuasakan dengan sebuah kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 yang biasanya digunakan didalam komputer desktop untuk prestasi yang cukup berkuasa.

Menyejukkan sistem ganas ini ialah sistem penyejukan Anti Dust Cooling System. Untuk sistem yang mempunyai komponen-komponen kelas desktop seperti ini, laptop ini menggunakan lubang-lubang yang cukup besar untuk memastikan ianya dapat disejukkan dengan cekap.

Sistem penyejukan Anti Dust Cooling in imemastikan bahawa kipas-kipas penyejuk ini juga membersihkan kawasan-kawasan di sekeliling komponen ini daripada habuk.

Menurut Asus Malaysia, laptop ini akan hadir di pasaran Malaysia pada bulan Mei kelak, dan akan dijual pada harga RM19999.


TIPS & ULASAN