Cari @ Amanz

Huawei kini dilihat telah mengesahkan yang mana mereka akan memperkenalkan telefon pintar pertama dilengkapi sokongan rangkaian 5G seawal tahun hadapan, 2019.

Huawei tidak menyatakan sebarang nama model buat masa ini. Tetapi, mereka dilihat menyasarkan untuk memperkenalkannya sekitar suku ketiga 2019 kelak. Sekiranya mengikut jadual pengenalan semasa, ia berkemungkinan adalah daripada keluarga siri-Mate.

Rangkaian 5G adalah generasi seterusnya rangkaian telekomunikasi yang dijangka menawarkan sokongan kelajuan muat-turun dan naik yang tinggi, selain sela masa yang rendah. Ia dijangka diintegrasikan pada pelbagai peranti, termasuk kenderaan, peranti-berhubung dan sebagainya – sekaligus memainkan peranan penting dalam komunikasi untuk tahun-tahun akan datang.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai peranti dengan sokongan rangkaian 5G dalam bulan-bulan akan datang.

Selain Huawei, sebelum ini, Intel telah mengumumkan mereka akan menawarkan komputer riba dengan sokongan 5G pada 2019 akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd