Cari @ Amanz

Antara fungsi menarik yang diperkenalkan oleh Facebook beberapa tahun yang lalu ialah sistem pengecaman wajah secara automatik. Apabila gambar dimuat naik, Facebook boleh mengecam wajah bagi memudahkan proses men-tag rakan atau saudara-mara.

Penggunaan sistem pengecaman wajah secara automatik ini didapati melanggar akta Akta Privasi Maklumat Biometrik di Illinois Amerika Syarikat. Di negeri ini, adalah satu kesalahan sekiranya maklumat biometri seperti wajah digunakan tanpa kebenaran. Ketika sistem diaktifkan, Facebook tidak meminta kebenaran pengguna terlebih dahulu. Mereka sebenarnya disaman oleh pengguna di Illinois pada tahun 2015 tetapi kes mahkamah hanya membenarkan kes diteruskan minggu ini.

Jika didapati bersalah, Facebook boleh disaman $5000 (~RM 19000) bagi setiap maklumat wajah yang digunakan tanpa kebenaran di Illinois. Firma guaman yang memfailkan saman di Illinois kini mencari lebih banyak pengguna yang berminat untuk menyaman Facebook. Akibatnya Facebook berhadapan nilai bayaran saman yang boleh mencecah berbilion dolar. Pihak Facebook sudahkan mengeluarkan kenyataan akan menentang kes ini kerana dikatakan tidak berasas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd