Apple iPad Baru Dengan Sokongan Apple Pencil Kini Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia

Apple iPad Baru Dengan Sokongan Apple Pencil Kini Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 18, 2018 oleh .

Apple telah memperkenalkan iPad baru beberapa minggu lepas, dimana ia hadir dengan skrin bersaiz 9.7-inci, dan turut menyertakan sokongan input melalui Apple Pencil. Kini, lanjutan daripadanya, tablet berkenaan kini sudah pun boleh dibeli oleh pengguna tempatan.

Tablet terbaru ini turut hadir dilengkapi dengan cip pemprosesan Apple A10 Fusion, selain mengintegrasikan sokongan untuk kandungan realiti-gabungan (AR).

Apple iPad 9.7-inci

Apple iPad 9.7-inci ini ditawarkan dalam variasi 32GB atau 128GB, serta hadir dalam pilihan WiFi sahaja atau bersama sokongan selular.

Harga jualan Apple iPad 9.7-inci bermula RM1449 untuk 32GB WiFi, sementara versi selular dengan kapasiti storan sama ditawarkan pada harga RM1999.

Versi 128GB dengan sokongan WiFi ditawarkan pada harga RM1849, sementara versi selular pula ditawarkan pada harga RM2339.

Apple menyatakan pengguna boleh mendapatkan tablet terbaru ini dalam tempoh sehari sekiranya melakukan tempahan melalui laman Apple Store Malaysia hari ini.

Terima kasih Ejam untuk tips


TIPS & ULASAN