Google Maps Menguji Navigasi Berdasarkan Mercu Tanda

Google Maps Menguji Navigasi Berdasarkan Mercu Tanda

Diterbitkan pada Apr 18, 2018 oleh .

Jika kita berbual dengan rakan dan bertanyakan arah sesuatu lokasi, kita pasti akan berkata belok selepas kedai A atau buat pusingan U sebelum kedai X. Cara ini lebih semula jadi dalam memberi arah dan mudah faham.

Sehingga kini, mana-mana aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps arahan navigasi hanya memberi nama jalan atau jarak sahaja. Baru-baru ini beberapa pengguna menerima kemaskini, di mana Google Maps memberi arahan membelok selepas sesuatu nama kedai. Contohnya ialah, “Turn left after McDonald’s“.

Namun begitu, ciri ini hanya disedari oleh beberapa pengguna di sekitar bandar New York. Menurut Google, mereka hanya menguji ciri ini untuk memberikan navigasi yang lebih baik. Ianya tidak pasti jika ciri ini akan diedarkan untuk semua pengguna.


TIPS & ULASAN