Amazon Shopping Kini Menyokong Paparan Dalam Mata Wang Ringgit Malaysia
Aman
Amazon merupakan salah satu laman e-dagang yang popular di Amerika Syarikat dan beberapa negara lain. Ia turut telah mula beroperasi di Singapura. Sehingga kini, masih tiada sebarang berita berkenaan penawaran Amazon secara rasminya untuk pasaran tempatan.
Walaubagaimanapun, dalam membolehkan pengguna tempatan menikmati perkhidmatan Amazon, kini Amazon mengemaskini aplikasi Amazon Shopping dengan menambah sokongan paparan harga dalam Ringgit Malaysia.

Menggunakannya, pengguna boleh melihat harga barangan yang ditawarkan dalam Ringgit Malaysia – sekaligus memudahkan anda membuat perbandingan sebelum membuat tempahan melalui Amazon Shopping. Secara kasarnya, tempahan melalui Amazon Shopping akan membolehkan anda membuat pembelian daripada penjual dari negara-negara lain dan menerima di rumah anda. Seperti biasa, kadang-kala anda perlu membayar kos penghantaran yang mungkin sedikit tinggi bergantung kepada barangan yang dibeli.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba aplikasi Amazon Shopping ini hari ini di Android dan iPhone.
[download]Muat-Turun Amazon Shopping untuk Android[/download]
[download]Muat-Turun Amazon Shopping untuk iPhone[/download]