Cari @ Amanz

Kecerdasan buatan telahpun mula menggantikan semua pekerja manusia di sebuah firma insurans di Jepun. Sebagai salah sebuah negara termaju di dunia, tidak mengejutkan kecerdasan buatan telahpun bertanding sebagai calon menjadi datuk bandar di Tama, Jepun.

Michihito Matsuda ialah nama yang digunakan kecerdasan buatan ini untuk bertanding. Ia bertanding menggunakan slogan “kecerdasan buatan akan menggubah bandar Tama” dan menjanjikan pentadbiran lebih bijak kerana kemampuan menganalisis permintaan orang ramai dengan lebih pantas. Kecerdasan buatan ini ialah buah fikiran Tetsuzo Matsumoto yang merupakan timbalan presiden Softbank dan Norio Murakami yang pernah bertugas di Google.

Walaupun menjanjikan pentadbiran yang lebih efisien dan pantas, Michihito Matsuda hanya mampu mendapat tempat ketiga dengan 4013  undian. Sekurang-kurangnya di Jepun, manusia masih belum bersedia untuk ditadbir oleh kecerdasan buatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd