LS911 Dilancarkan – Kamera Large Format 8X10 Pertama Di Dunia

LS911 Dilancarkan – Kamera Large Format 8X10 Pertama Di Dunia

Diterbitkan pada Apr 19, 2018 oleh .

Di zaman awal fotografi, penggunaan kamera Large Format amat menjadi kebiasaan. Kamera dengan rekaan klasik ini masih lagi digunakan oleh peminat fotografi analog tegar. Seperti kamera-kamera berformat lain, kamera Large Format juga mengikut peredaran zaman dengan mula menggunakan sensor digital. LargeSense LS911 ialah kamera digital Large Format 8X10 pertama di dunia yang dijual secara komersial.

Kamera ini dilengkapi sensor hitam putih CMOS bersaiz 9×10 inci dengan saiz pixel sebesar 75 mikron. Sungguhpun begitu gambar diambil hanya sebesar 12-Megapixel tetapi dengan lebih terperinci kerana saiz pixel yang besar. Sebagai perbandingan sensor sebuah iPhone X mempunyai keluasan 0.05 inci persegi manakala LS911 mempunyai keluasan sensor 103 inci persegi.

Kamera ini mengambil gambar di dalam format DNG, TIFF 16 bit, TIFF 32 bit, RAW dan JPEG. Ia turut mampu merakam video hitam putih pada resolusi 4K 26FPS. Terdapat storan sebesar 900GB dengan sokongan kad CD/SD. Bagi yang berminat LargeSense LS911 boleh dimiliki pada harga $106,000 (~RM 412,000) sebuah.


TIPS & ULASAN