Cari @ Amanz

Google hari ini telah menawarkan kemaskini Chrome 66 untuk Windows, Mac, Linux dan peranti mudah-alih, dimana salah satu ciri baru yang disertakan bersama-sama padanya adalah kebolehan untuk membisukan semua kandungan yang dimainkan secara automatik.

Ramai pengguna tidak mengemari penyertaan kandungan yang dimainkan secara automatik, terutamanya video. Ia kadang-kala akan membuatkan pengguna terkejut, dan memberi ketidak-selesaan ketika anda sedang membaca sesuatu artikel.

Chrome mengenal-pasti sesuatu web berkenaan mengikut penggunaan anda, dan memberikan skor dinamakan Media Engagement Index, sebelum memilih untuk membisukan video yang dimainkan secara automatik. Sekiranya anda sering mendengar video yang dimainkan disesuatu laman web secara automatik, Chrome akan mempelajarinya dan mengelak ia daripada dibisukan.

Bagi anda yang menggunakan pelayar web Chrome, boleh mengemaskini pelayar web anda, dan menikmati ciri baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd