Rekaan Motorola Moto Z3 Play Tertiris Dengan Pengimbas Cap Jari Pada Bahagian Sisi

Rekaan Motorola Moto Z3 Play Tertiris Dengan Pengimbas Cap Jari Pada Bahagian Sisi

Diterbitkan pada Apr 19, 2018 oleh .

Januari lalu imej pengolokan awal untuk Motorola Moto Z3 Play telah tertiris menunjukkan penggunaan skrin 18:9. Ini membuka persoalan dimanakah pengimbas cap jari yang sebelum ini pada bahagian dagu akan diletakkan? Ia mungkin terjawab kerana rekaan kerangka untuk Moto Z3 Play tertiris pagi ini.

Imej pengolokan kerangka  Poetic Cases di atas menunjukkan butang yang besar pada sisi kanan peranti. Ia mengingatkan kami kepada rekaan butang kuasa besar dengan pengimbas cap jari terbina yang digunakan oleh Sony sebelum ini. Moto Z3 Play juga mengekalkan penggunaan sistem dwi-kamera serta skrin 18:9.

Yang menjadi misteri ialah kewujudan sebuah lagi butang pada sisi kiri. Adakah Moto Z3 Play akan mempunyai butang khas untuk pembantu maya seperti butang Bixby pada peranti Samsung?


TIPS & ULASAN