Cari @ Amanz

Semalam, kami telah melaporkan dengan memetik maklumbalas pihak khidmat pelanggan Unifi, mengatakan terdapat gangguan sambungan internet untuk melayari laman antarabangsa. Hari ini, pihak Telekom Malaysia telah memberikan komen mengenainya, dan mengatakan tiada sebarang gangguan internet untuk melayari laman antarabangsa disebabkan oleh penyelenggaraan kabel bawah-tanah.

Malah, kami sendiri mendapati yang mana pengguna tempatan tidak lagi mengalami sebarang masalah melayari web seperti mana semalam – dan semuanya dilihat telah pulih seperti asalnya.

Buat masa ini, pihak Telekom Malaysia tidak menyatakan apakah yang menyebabkan masalah semalam berlaku – dan mengapakah khidmat pelanggan mereka menyatakan sedemikian semalam.

Berikut merupakan kenyataan yang dikongsikan pihak TM bersama kami hari ini:

Telekom Malaysia Berhad ingin menjelaskan yang mana aktiviti penyelenggaraan yang sedang dilakukan pada sistem kabel bawah-tanah tiada sebarang impak terhadap rangkaian TM, dan ia apa yang dilaporkan adalah tidak tepat.

Rangkaian antarabangsa TM kini beroperasi pada kapasiti seperti biasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd