Facebook Sedang Membentuk Pasukan Khusus Untuk Menghasilkan Cip Tersendiri

Facebook Sedang Membentuk Pasukan Khusus Untuk Menghasilkan Cip Tersendiri

Diterbitkan pada Apr 19, 2018 oleh .

Sebelum ini, kita sedia melihat beberapa syarikat membangunkan cip pemprosesan tersendiri seperti Apple, Samsung, Huawei dan juga Xiaomi. Ia selari dengan pengeluaran peranti mereka, dan menggunakan cip pemprosesan tersendiri mengoptimasikan lagi peranti, disamping mengurangkan kos pengeluaran mereka.

Namun, kini agak mengejutkan, dimana laporan baru hadir daripada Bloomberg, mengatakan Facebook kini turut sedang melihat untuk mengeluarkan cip pemprosesan tersendiri.

Facebook dikatakan sedang membentuk sebuah pasukan khusus memfokuskan kepada semikonduktor. Namun, ia tidak diketahui lagi tujuan untuk cip yang akan dibangunkan oleh Facebook.

Berkemungkinan mereka menggunakannya untuk pelayan mereka, atau mungkin juga digunakan untuk peranti akan datang mereka seperti speaker pintar, atau mungkin juga untuk peranti realiti-maya mereka.


TIPS & ULASAN