Microsoft Translator adalah pilihan alternatif aplikasi penterjemahan selain Google Translate. Kemampuan terjemahan Microsoft Translate juga boleh dikatakan baik sehinggakan Huawei kini mengintegrasikan perkhidmatan terjemahan ini di dalam beberapa telefon pintar terbaru mereka, sekaligus mempertontonkan kebolehan terjemahan pantas melalui penggunaan kecerdasan buatan.
Selepas beberapa ciri-ciri hanya khusus untuk pengguna peranti Huawei sebelum ini, kini Microsoft mengemaskini aplikasi Microsoft Translator, dan menawarkan beberapa ciri-ciri dengan meluas kepada semua pengguna. Kini, anda boleh mengemaskini aplikasi Microsoft Translator, dan menikmati ciri seperti terjemahan luar-talian, dan penggunaan kecerdasan buatan dalam menghasilkan terjemahan yang lebih baik.
Menurut Microsoft, Microsoft Translator adalah yang pertama dalam dunia yang menggunakan enjin penterjemahan luar talian yang dikuasakan oleh rangkaian Neural yang mendalam. Microsoft turut menyatakan, saiz pakej untuk penterjemahan luar talian yang baru ini adalah 50% lebih kecil dan memberikan 23% kualiti penterjemahan yang lebih baik.
Algoritma kecerdasan buatan Microsoft Translator ini telah dioptimasikan untuk penggunaan pada mana-mana cip pemproses moden secara terus tanpa. Buat masa ini hanya 11 bahasa sahaja yang disokong, iaitu Arab, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea, Portugis, Russia, Mandarin, Sepanyol, dan juga Thailand.
Buat masa ini, kemaskini baru ini telah boleh digunakan oleh pengguna Android. Kemaskini untuk iOS akan menyusul, selain penawaran sama untuk pengguna Windows juga akan diperkenalkan pada masa akan datang
- Muat Turun
- Muat Turun Microsoft Translator di AppStore