Honor 10 Akan Mempunyai Satu Model Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina Dalam Skrin

Honor 10 Akan Mempunyai Satu Model Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina Dalam Skrin

Diterbitkan pada Apr 19, 2018 oleh .

Dua hari kami laporkan gambar Honor 10 sudah tertiris dengan rekaan yang hampir sama dengan Honor 9. Menurut @RonaldQuandt yang kerap kali meniriskan maklumat mengenai peranti terkini, akan terdapat lebih daripada satu model Honor 10 dilancarkan. Variasi berbeza ini akan mempunyai pengimbas cap jari terbina di dalam skrin.

https://twitter.com/rquandt/status/986652963480403968

Sebelum ini spesifikasi Honor 10 sudah diketahui dengan skrin 5.84-inci, dijana cip Kirin 970, memori sehingga 6GB RAM, storan sehingga 128GB dan menjalankan EMUI 8.1. Ia turut dijangka menggunakan kamera hadapan 24-megapixel, selain dwi-kamera belakang gabungan 16+24-megapixel. Kita akan mendengar lanjut mengenai telefon pintar ini secara rasminya lewat hari ini. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN