Membeli Facebook Like Difatwakan Haram Oleh Mufti Besar Mesir

Membeli Facebook Like Difatwakan Haram Oleh Mufti Besar Mesir

Diterbitkan pada Apr 19, 2018 oleh .

Membeli Likes dan pengikut di media sosial ialah perkara biasa. Malahan bukan rahsia bahawa ramai golongan influencer membeli pengikut palsu bagi memberikan ilusi mereka amat popular. Tetapi apakah pandangan agama Islam mengenai pembelian Like di Facebook?

Mufti Besar Mesir, Shawki Allam telah mengeluarkan fatwa bahawa pembelian Like di Facebook adalah haram menurut pandangan Islam. Menurut beliau, ia adalah sama seperti berbohong kepada orang ramai sekaligus menjadikannya haram serta berdosa.

Reaksi dari pengguna Facebook di Mesir adalah bercampur-campur dengan golongan muda merasakan fatwa ini tidak munasabah. Menurut golongan ini tiada sesiapa teraniaya dengan pembelian Like jadi tidak ada sebab ia difatwakan haram.


TIPS & ULASAN