Cari @ Amanz

Windows Defender adalah perisian sekuriti yang baik untuk peranti Windows. Ia menjadi semakin baik sejak kehadiran Windows 10. Windows Defender mampu membasmi virus dan juga pelbagai perisian hasad.

Kini Microsoft menawarkan Windows Defender sebagai pemalam untuk pelayar Google Chrome. Walaupun Google Chrome sudah mempunyai sekuriti mereka sendiri yang agak hebat dari segi melindungi pengguna daripada perian hasad, Microsoft menyatakan pemalam Windows Defender ini 99% lebih efektif.

Jika anda ingin mempunyai sekuriti tambahan untuk pelayar web Google Chrome anda, anda boleh dapatkan pemalam ini di Google Web Store.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd