OnePlus 6 Edisi Avengers Akan Dilancarkan Esklusif Untuk Pasaran India

OnePlus 6 Edisi Avengers Akan Dilancarkan Esklusif Untuk Pasaran India

Diterbitkan pada Apr 19, 2018 oleh .

Avengers : Infinity War ialah filem yang paling dinantikan tahun ini kerana memaparkan kesemua adiwira dari Marvel Cinematic Universe. Sempena penayangannya di layar perak, OnePlus mengesahkan mereka akan menghasilkan OnePlus 6 edisi khas Avengers eksklusif untuk pasaran India.

Peranti ini juga dihasilkan sempena ulangtahun ke-10 Marvel Studios adalah kesinambungan kerjasama OnePlus dengan Disney. Pada akhir tahun lalu, OnePlus 5T edisi Star Wars telah dilancarkan secara eksklusif di India. Tiada maklumat mengenai rekaan dan keunikan edisi Avengers ini diumumkan. Yang pasti ialah pelancaran OnePlus 6 akan berlaku bulan ini dengan beberapa video serta imej acah sudahpun dimuat naik.

OnePlus 6 akan dilengkapi skrin bertakuk, dijana pemproses Snapdragon 845 dan akhirnya mempunyai ketahanan kalis air.


TIPS & ULASAN