Cari @ Amanz

Intel sebelum ini telah menghentikan beberapa projek mereka. Terkini, perkara berkenaan diteruskan, dan Intel dilihat menutup bahagian peranti baru mereka – sekaligus memberikan kesan kepada pembangunan peranti boleh-pakai dan realiti-gabungan.

Intel sebelum ini telah memperlihatkan sebuah kaca mata pintar, dikenali Vaunt. Penutupan bahagian ini, turut memberikan kesan kepada pembangunan kaca mata pintar berkenaan – dan mungkin kita tidak akan melihat ia direalisasikan.

Dengan penutupan bahagian ini, Intel kini dilihat akan memfokuskan kepada cip pemprosesan PC dan pelayan, selain pembangunan teknologi rangkaian 5G.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd