Perkhidmatan VPN melindungi pengguna ketika melayari web. Ia memberi sekuriti tambahan pada sambungan internet yang sedang digunakan.
Opera VPN adalah perkhidmatan VPN percuma oleh Opera. Ia agak popular kerana mempunyai antaramuka yang ringkas dan mudah digunakan. Sayang sekali, Opera VPN akan menamatkan perkhidmatan mereka untuk Android dan iOS pada 30 April 2018. Opera mengarahkan pengguna mereka berpindah kepada perkhidmatan VPN SurfEasy.
Menurut Opera, pengguna Opera VPN Gold akan mendapat langganan SurfEasy Ultra VPN percuma selama 1 tahun. Manakala, pengguna Opera VPN biasa akan mendapat diskaun 80% untuk melanggan pakej premium SurfEasy.
Pihak Opera tidak berkongsi mengapa mereka bercadang untuk menghentikan perkhidmatan VPN mereka. Tetapi, Opera berjanji pihak SurfEasy akan memberi perkhidmatan VPN terbaik untuk pengguna mereka. Pengguna Opera VPN desktop walaubagaimanapun masih boleh menggunakannya tanpa sebarang masalah.