Gremlin ialah program dron yang diumumkan oleh DARPA pada tahun 2015. Ianya unik berbanding sistem dron lain kerana boleh dilancarkan dari kapal pengangkut bagi membolehkannya dilancarkan dari udara. Pihak DARPA telah memilih sistem yang memancing dron dari udara keluaran Dynetics untuk digunakan sebagai sistem pendaratan dron ini.
Melalui sistem ini, dron “dipancing” dari udara menggunakan alat yang menyerupai sistem mengisi minyak di atas udara. Dron Gremlin akan terbang ke kepala pancing secara automatik untuk bersambung kepada kabel yang kemudian menariknya masuk ke dalam ruang kargo kapal terang pengangkut seperti Lockheed C-130.
"This will probably be a game-changer for our company if we're successful" E Demarco, Kratos https://t.co/cVaWmMcgxB pic.twitter.com/stXrxX8jso
— Air Power (@MIL_STD) April 5, 2018
Menerusi sistem ini, empat dron Gremlin boleh dikembalikan semula ke kapal induknya setiap 30 minit selepas usai melakukan misi. Ujian sistem ini dijangka bermula tahun ini dan berakhir pada tahun 2020.
Setiap dron Gremlin ini boleh digunakan sebanyak 20 kali sebelum dilupuskan, memerlukan tempoh selenggara kurang 24 jam selepas setiap misi dan paling penting sekali ialah kos operasi yang rendah. Program Gremlins ini mengingatkan kami kepada dron pertahanan Arkbird dari permainan video Ace Combat 5. Siapa sangka teknologi fiksyen permainan video tahun 2004 kini bakal menjadi realiti.