Cari @ Amanz

Teknologi pembinaan laptop biasanya memfokuskan terhadap pembinaan yang serba nipis, disamping meningkatkan prestasi CPU dan juga bateri untuk memastikan komputer-komputer riba tersebut mampu bertahan lama.

Salah satu pengorbanan yang perlu dilakukan ialah kebolehan laptop-laptop ini untuk memproses grafik 3D yang biasanya digunakan didalam permainan-permainan komputer. Walaupun NVIDIA hadir dengan teknologi Max-Q mereka, komputer-komputer riba yang menggunakan teknologi grafik ini hadir dengan tanda harga yang cukup mahal.

Exklim baru-baru ini dilihat membuka sebuah laman biayasama di Kickstarter untuk membiayai projek terbaru mereka, iaitu peranti eGPU (external GPU) padat yang dinamakan eX Core. eGPU Rangka eGPU eX Core ini dilihat seperti sebuah storan cakera keras luaran, dan ia hadir dengan sambungan Thunderbolt 3 dan USB 3.1 Type-C sebagai sambungan kuasa dan laptop, manakala port HDMI digunakan untuk sambungan ke paparan skrin.

Menurut laman Kickstarter exklim ini, eGPU eX Core ini dikuasakan dengan sebuah kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 dengan memori video GDDR5 sebanyak 4GB yang dioverclock sehinga 1680MHz.

Projek Kickstarter ini baru sahaja bermula 10 hari lalu, dan ia sudahpun mengumpul dana sebanyak $92000 walaupun ia hanya memerlukan dana sebanyak $63000. Buat masa ini, anda masih boleh membiayai sebuah eGPU eX Core ini pada harga $499. Harga asal peranti ini dikatakan akan ditetapkan pada $550.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh ke laman web Kickstarter exklim eX Core untuk membiayai projek ini. Syarikat tersebut berkata bahawa peranti eGPU eX Core ini akan dikeluarkan pada bulan Julai 2018 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd