Carian
KGI – iPhone 2018 Dengan Skrin 6.1 Inci Akan Menyokong Dwi-SIM Dan Dijual Pada Harga Serendah RM 2140
April 19, 2018 Effi Saharudin

Tiga model iPhone diramalkan akan dilancarkan tahun ini. Dua model dengan skrin OLED dan satu model dengan skrin LCD sebesar 6.1 inci. Menurut ramalan firman KGI, model dengan skrin LCD ini akan dijual harga bermula dari $550 (~RM 2140) sebuah.

Model ini dijual pada harga lebih rendah kerana penggunaan skrin LCD, binaan kurang premium dan tidak menyertakan sistem 3D Touch. Ia walaubagaimanapun akan mempunyai skrin bertakuk serta imbasan wajah Face ID. Sebuah lagi model iPhone 6.1 inci turut dipercayai akan mempunyai sokongan dwi-SIM dan dijual pada harga $650 (~RM 2530).

Komen