Jenama Rhinoshield terkenal kerana mereka menawarkan pelindung skrin dan kerangka tahan lasak. Semalam, buat pertama kalinya mereka melancarkan pelindung skrin untuk konsol Nintendo Switch.
Pelindung skrin Rhinoshield untuk Nintendo Switch ini memberikan perlindungan 5 kali ganda tenaga impak daripada Gorilla Glass 3 dan senipis 3 helai kertas cetakan. Selain itu, pelindung skrin ini juga mempunyai lapisan anti-cap jari, tiada kesan gam dan juga penyebaran hentakan.
Anda boleh dapatkan pelindung skrin ini di laman rasmi Rhinoshield pada harga $19.99 (~RM78). Harga yang ditawarkan boleh dikatakan mampu milik, kerana kebiasaannya harga pelindung skrin untuk telefon pintar adalah sekitar $24.99 (~RM97).