Cari @ Amanz

Xiaomi sedia menawarkan sejumlah aksesori dan peralatan – daripada kerangka luar, periuk nasi, beg galas, dan terkini, mereka turut menambah penawaran berbentuk kain pengelap khas untuk gajet anda.

Xiaomi Kain Lap

Dengan pelbagai telefon pintar yang hadir dengan rekaan kerangka kaca, ia sering memerangkap cap jari – dan penawaran kain pengelap daripada Xiaomi ini sekaligus dilihat untuk mengatasi masalah berkenaan.

Disamping untuk mengelap skrin dan badan telefon pintar, kain pengelap ini juga boleh digunakan untuk mengelap skrin komputer, kaca mata dan sebagainya.

Xiaomi Kain Lap

Xiaomi menjual sekotak kain pengelap ini yang hadir dengan 15 helaian bersaiz 12.5cmx10cm ini pada harga sekitar RM3.00. Buat masa ini, ia ditawarkan di China sahaja, dan tiada sebarang info berkaitan penawarannya untuk pasaran tempatan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd