Carian
Dbrand Menjual Semula Pelekat Vinil Untuk Nintendo Switch
April 20, 2018 Fahim Zahar

Dbrand adalah syarikat yang menawarkan perlindungan peranti dengan menampal pelekat vinil 3M. Pelekat vinil mereka premium dan mempunyai tekstur-tekstur yang unik seperti tekstur naga, batu dan marmar.

Akhirnya mereka melancarkan semula pelekat vinil untuk Nintendo Switch selepas menghentikan penjualannya tahun lalu kerana isu cat tertanggal pada konsol tersebut. Menurut Dbrand, mereka menemui formula pelekat baru yang tidak akan menanggalkan cat pada Nintendo Switch.

 

Harga pelekat untuk Nintendo Switch ini bermula dari $4.95 (~RM20) untuk Joy-Con dan mencecah $41.70 (~RM163) untuk keseluruhan set termasuk dermaga Nintendo Switch.

Komen