Cari @ Amanz

Masalah utama yang kami sedari sejak menggunakan telefon pintar ialah hayat bateri yang kurang memuaskan. Secara purata peranti-peranti yang kami gunakan mempunyai ketahanan bateri di bawah 24 dengan SOT sekitar 6 jam. Bagi mereka yang mementingkan bateri dari kemampuan memproses,  Asus Zenfone Max Pro M1mungkin peranti yang dinantikan.

Asus Zenfone Max Pro M1 ialah peranti yang akan dilancarkan di India pada 23 April hadapan. Ia dilengkapi skrin 6″, dijana pemproses Snapdragon 636, memori sebesar 6GB RAM, storan 64GB, dwi-kamera utama sehingga 16-Megapixel dan kamera hadapan 16-Megapixel. Spesifikasi paling menarik ialah bateri sebesar 5000 mAh. Ini jauh lebih besar berbanding pesaing yang kebanyakannya dilengkapi bateri besaiz lebih kecil sekitar 3500 mAh.

Selain daripada itu ia turut akan menggunakan “Pure Android”. Ini mungkin adalah Android asli atau Android One.  Bagi mereka yang merasakan Zen UI terlalu berat, Android asli memang terkenal dengan kelancarannya. Buat masa ini Asus Zenfone Max Pro M1 hanya akan dipasarkan di India.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd