Cari @ Amanz

Huawei P20 Pro ialah peranti pertama di pasaran yang dilengkapi sistem tri-kamera utama. Dengan harga jualan RM3299 di Malaysia, ia mungkin peranti yang di luar kemampuan kebanyakan pengguna. Seperti biasa apabila peranti baru dilancarkan, pengeluar lain akan mula menghasilkan peranti yang mempunyai fungsi yang sama.

Di acara HK Global Resource Exhibition, Leagoo memperlihatkan rekaan Leagoo S10. Ia sebuah peranti yang turut dilengkapi sistem tri-kamera utama, skrin bertakuk kecil dan pengimbas cap jari terbina dalam skrin. Ini memberikannya rekaan seakan peranti hibrid Essential Phone dan Huawei Mate RS.

Kamera utama menggabungkan sensor sebesar 24+16+8 Megapixel. Ia turut akan mempunyai sokongan kecerdasan buatan. Ini dipadankan dengan skrin sebesar 6 inci dengan pengimbas cap jari terbina skrin, memori sebesar 6/8 GB RAM dan storan 64/128 GB. Tiada maklumat mengenai pemproses, tarikh dah juga harga jualan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd