Cari @ Amanz

Pada awal tahun 2018 ini, pihak BlackBerry telah memperkenalkan edisi khusus BlackBerry KEYone yang hadir dalam variasi berwarna gangsa. Ia menawarkan ciri sama seperti BlackBerry KEYone asal, dan hanya menawarkan perubahan kosmetik sahaja.

Peranti berkenaan kini dilihat akan memasuki pasaran tempatan, dan pengguna tempatan sudah boleh membuat pra-tempahan untuknya. Ia dijangka akan ditawarkan bermula 27 April kelak.

BlackBerry KEYone Bronze Edition

BlackBerry KEYone Bronze Edition ini hadir dengan skrin 4.5-inci, dijana cip Snapdragon 625, memori 4GB RAM dan storan 64GB. Ia turut dilengkapi kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel.

Melengkapkannya adalah sistem operasi Android, selain turut dilengkapi perisian sekuriti tambahan daripada BlackBerry. Peranti ini juga turut menyertakan sokongan papan kekunci fizikal padanya.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan hari ini melalui laman Lazada, dan menerimanya seawal 27 April 2018 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd