Carian
Honor 10 Dilancarkan Dengan Pemproses Kirin 970 Dan Kamera Dengan Kecerdasan Buatan
April 19, 2018 Effi Saharudin

Honor 10 akhirnya dilancarkan secara rasmi hari. Ini adalah alternatif lebih mampu milik untuk Huawei P20. Dari segi rekaan ia akan dilengkapi skrin 5.84″ IPS FHD+, dijana pemproses Kirin 970, memori 6 GB RAM dan storan 64/128 GB.

Sistem dwi kamera utama menggabungkan sensor 16+24 Megapixel f/1.8 manakala kamera hadapan pula sebesar 24-Megapixel f/2.0. Bateri berkapasiti 3400 mAh membekalkan kuasa kepada peranti yang menggunakan Android 8.1 ini. Terdapat sokongan pengecasan pantas Honor SuperCharge melalui port USB-C. Jadi setakat ini perbezaan Honor 10 dan Huawei P20 terletak pada saiz kamera dan bateri.

Huawei P20 dilengkapi kamera utama sebesar 12+20 Megapixel dan bateri sebesar 3400 mAh. Peranti Honor juga tidak akan menggunakan lensa dengan jenama Leica. Seperti pada P20, Honor 10 akan mempunyai sistem kamera dengan kecerdasan buatan bagi menangkap gambar pada tetapan terbaik bergantung kepada situasi. Ia juga bijak mengenalpasti individu di dalam gambar dan menyusun mereka secara automatik di dalam folder mereka sendiri.

Di China Honor 10 dengan 6GB RAM/64GB dijual pada harga RMB 2599 (~RM 1610) manakala model 6GB RAM/128GB pula dijual pada harga RMB 2999 (~RM 1858) sebuah. Warna yang ditawarkan pula ialah Twilight Blue, Twilight Purple, hitam dan kelabu. Pelancarannya di Malaysia akan berlangsung dalam masa terdekat berdasarkan imej pengolokan yang dikongsi pihak Honor Malaysia tempoh hari.

Komen