Honor Magicbook Dilancarkan – Komputer Riba Dengan Kad Grafik NVIDIA GeForce MX150

Honor Magicbook Dilancarkan – Komputer Riba Dengan Kad Grafik NVIDIA GeForce MX150

Diterbitkan pada Apr 19, 2018 oleh .

Honor ialah subjenama Huawei yang menghasilkan peranti pada harga mampu milik. Di acara pelancaran Honor 10 yang barus sahaja selesai sebentar tadi, komputer riba Honor Magicbook telahpun dilancarkan. Ia dilengkapi skrin 14″ IPS HD penuh, dijana oleh dua pilihan pemproses iaitu Intel Core i7-8550U atau Core i5-8250U.

 Ini dipadankan pula dengan memori sebesar 8GB LPDDR3 RAM dan storan 256 GB SSD SATA. Turut disertakan ialah kad grafik NVIDIA GeForce MX150 dengan 2GB RAM GDDR5.Sebuah bateri sebesar 57.4 Wh membekalkan kuasa dengan pengecasan melalui port USB-C.

Keseluruhan komputer riba diperbuat daripada aluminium. Papan kekunci mempunyai sokongan lampu dan terdapat pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa, Sistem operasi yang digunakan pula ialah Windows 10 Home Edition.

Dari segi pilihan I/O terdapat satu port USB-C, satu port USB-A 3.0, satu port USB-A 2.0. bicu audio dan satu port HDMI bersaiz penuh. Sepasang pembesar suara dengan sokongan Dolby Atmos melengkapi spesifikasi Honor Magicbook.

Di China, Honor Magicbook dijual pada harga RMB 4999 (~RM 3096) untuk model dengan Intel Core-i5 dan RMB 5699 (~RM 3530) untuk model dengan pemproses Intel Core i-7.


TIPS & ULASAN